Tuesday, December 23, 2008

Selamat Hari Lahir ABAH!

happy birthday abah.......kalaulah abah ade lagi...tentunya 20hb yg lepas dia menyambut hari kelahiran yang ke-64 tahun. satu tarikh lahir yg sama dengan idola yang aku tabik..tun dr mahatdir mohammad. abah pun sangat suke kpd tun .dia sangat menyanjungi karier politik tun kerana tun adalah seorang pemidato yang baik. abah apa kurangnya...dia juga seorang pemidato yang terbaik dimata aku.abah adalah ketua union di tempat kerjanya..abah juga adalah pengerusi tetap jawatankuasa agama kt kmpung aku...semua orang akan refer pd abah sebelum berlangsungnya sesuatu perkara. bercakap mengenai sifat abah yang bijak berkata-kata ini...dia telah berjaya mengumpulkan suara union ditempat kerjanya dan membawa semua suara itu ke persidangan union sekerja di kuala lumpur bagi mendapatkan hak pampasan sekiranya seseorang ahli pekerja dalam union itu ditimpa musibah.Alhamdulillah...dia berjaya mendapatkan pampasan utk jiran aku...berupa pencet ilat kerana jiranku itu strok satu badan dan tidak lagi berupaya utk bekerja. Seperti tahu yg abah akan meninggalkan kami sekeluarga buat selamanya....dengan jerih usaha itulah juga mak sehingga sekarang mendapat pampasan iaitu pencen ilat diatas kematian abah kerana dalam waktu bekerja. Sungguh murni jasa abah...mungkin jika tidak kerana keberanian dia untuk bersuara...mungkin hari ini...mak tidak menerima apa2 pampasan kerana abah bukan bekerja disektor kerajaan...dan aku berharap dengan kerja murni abah ini...ramai lagi rakan sekerjanya yang lain mendapat habuan yang sama untuk keluarga masing2. Mak pada aku sejak 12 tahun yang lepas tidak pernah mengharapkan duit dr anak2 kerana dia ada simpanan sendiri dan tidak mahu membebankan kami...walaubagaimanapun....aku tetap menghulur jika ada rezeki yg terpijak utk mak...begitulah mak...x suka nak susahkan anak2. Setahun yg lepas...sewaktu aku dipinjamkan di KIJ utk cover english class,ade seorang partime lecturer tu dari batu pahat...citer punyer citer...dia sangat mengenali abah...dia kata abah memang seorang pekerja yang hebat...dan kerana suara berani dia di union, ramai pekerja yang malang mendapat perhatian dr syarikat......wahhhhhh...berbangganya aku berbintikan Hj Mohamed Saad. x sangka...ada insan lain yang bercerita dan mengagumi abah.....abah memang hebat. Rindu rasenya pada abah....kalu dia ada sekarang..tentu dia sangat sayang pada naqyb...lebih2 lagi naqyb lahir pada bulan yg same ngan dia n mewarisi warna kulit seperti abah...bukan menafikan cucu2 yg lain...tp naqyb adalah satu-satunya cucu yang seiras ngan abah ditambah pula dengan kecerahan kulitnya...sama mcm abah...heheh...aku pun baru terperasan...mak kata mulut naqyb pun sama ngan tok saad...yelah!...nntilah...kalu aku berkesempatan amik gambo abah kt kg...aku akan abadikan insan hebat ini kt dlm blog ni.... Semoga abah dicucuri rahmat dan ditempatkan disyurga yang penuh dengan keindahan dan kehebatan...Sayang abah!

3 comments:

  1. Al-Fatihah kepada Abah...semoga segala jasa beliau akan sentiasa mendapat keberkatan...aku pun berharap satu masa nanti aku akan memberikan 'sesuatu' yang bermakna kpd 'seseorang'... Kpd yg lain(dan diri sendiri)...hormatilah ibu-bapa anda selagi mereka ada didunia...

    ReplyDelete
  2. hai hai hai! :P ..dah ada blog senyap-senyap yerr..

    ReplyDelete
  3. waaaah.....terharu rasenya baca entri adik nih! huhuhuhu!

    ReplyDelete